Memasak ialah satu proses pembelajaran yang berterusan... Saya tidak hebat, tapi saya masak untuk keluarga saya... Hepi Cooking~~!! ;-)
Sunday, August 23, 2009
Ayam Masak dot dot...
Ikan Goreng Semalam
Petola Tumis Air
Ikan Pelbagai Rasa
Ikan Pelbagai Rasa
- Goreng rangup ikan pilihan. (Kembung/Siakap/Kerapu/Bawal etc). Asingkan.
- Mayang halus bahan berikut:
- bawang putih
- bawang besar
- cili benggala/cili api
- cili merah
- halia
- tomato
- udang hidup
- Tumis kesemua bahan di atas
- Masukkan sos tiram dan sedikit air. Jika tiada sos tiram, boleh gantikan dengan sos cili dan sedikit kicap.
- Kacau rata dan tuangkan ke atas ikan.
p/s: ilustrasi agak kabur, tgh dukung Umar masa ni.
Thursday, August 6, 2009
Ayam Masak Sos Tiram
Bahan-bahan dan cara penyediaan:
- Goreng ayam, asingkan.
- Tumis bawang putih.
- Masukkan sos tiram dan kacau. Tambah sedikit air dan kicap.
- Masukkan bawang besar, tomato dan lada benggala.
- Masukkan ayam yang digoreng dan kacau rata.
* Biasanya sos tiram dah sedia masin. Tapi, kalau tawar boleh tambahkan sedikit garam.
Sardin Tin
Bahan-bahan:
- Sardin dalam tin
- Bawang putih yang diketuk
- Bawang merah dipotong bulat pun boleh, potong tebal2 macam tomato tu pun boleh
- Buat tomato
- Cili api
- Asam keping
- Sedikit air
- Sedikit garam
- Sedikit sos cili
- Sedikit kicap
Cara penyediaan:
- Tumis bawah putih
- Masukkan semua bahan-bahan lain
- Agak-agak dah menggelegak, boleh lah dihidangkan...
Bendi Goreng
Bahan-bahan dan cara penyediaan:
- Tumiskan bawang putih dan bawang merah.
- Masukkan bendi, sedikit air dan cili merah.
- Masukkan sesudu kecil megi cukup rasa. Jika tiada masukkan garam dan sedikit ajinomoto.
- Kacau rata.
* Boleh juga kalau nak tambah awas-awas seperti udang atau fishball dan sebagainya.
Sotong Kunyit
Tomyam Ayam
Bahan-bahan dan cara penyediaan:
- Rebus 2, 3 mug air.
- Masukkan sepeket perencah tomyam adabi.
- Masukkan sebatang serai yang telah dititik.
- Masukkan ayam yang dipotong kecil.
- Apabila ayam sudah separa masak, masukkan kobis bunga dan carot.
- Akhir sekali, masukkan daun limau purut, bawang besar dan garam secukup rasa.
Kobis Air
Bahan-bahan & cara penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak.
- Tumis bawang putih & bawang merah yang telah dihiris.
- Masukkan ikan bilis. Boleh juga masukkan awas-awas lain seperti udang kering, udang, sotong dan sebagainya.
- Masukkan sedikit air dan kobis. Kacau.
- Masukkan cili benggala dan garam secukup rasa.
Sotong Sumbat
Bahan-bahan dan cara penyediaan:
Isi sumbat:
- Mayang bawang merah, cili merah dan kobis. Boleh juga masukkan carot, cili benggala dan sebagainya ikut suka.
- Panaskan minyak. Pecahkan 2 biji telur, dan campurkan sekali bahan-bahan yang dimayang.
- Kacau rata-rata. (seperti membuat sandwich telur)
- Apabila sudah masak, sumbatkan ke dalam perut sotong.
Sotong sumbat:
- Panaskan sedikit minyak.
- Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk (boleh juga dikisar, tetapi kurangkan air)
- Masukkan sedikit cili boh. Tumis sebentar dan kemudian masukkan sesudu besar rempah kari. - Tambah sedikit air dan masak hingga menggelegak.
- Akhir sekali, masukkan tomato, garam secukup rasa dan sotong yang telah disumbat.
* Sotong tidak perlu dimasak lama supaya tidak menjadi liat dan keras.
Ayam Blackpepper
Bahan-bahan dan cara penyediaan:
- Panaskan minyak. Kuantiti minyak sederhana sahaja. Tidak seperti yang digunakan ketika menggoreng ayam.
- Goreng ayam yang dipotong kecil dan yang telah digaram dan dikunyit. Kuantiti garam dan kunyit pun sedikit sahaja.
- Apabila ayam sudah masak, keluarkan lebihan minyak sehingga tinggal cukup-cukup untuk menumis bawang sahaja.
- Masukkan bawang putih dan bancuhan perencah daging blackpepper tesco. Jika tiada, bolehlah masukkan lada hitam & lada putih yang telah dikisar halus.
- Masukkan tomato, bawang besar yang dihiris bulat dan cili merah. Boleh juga dimasukkan daun bawang jika ada.
- Kacau rata & siap dihidang.
* Bancuhan perencah daging balckpepper tesco ialah, perencah dicampur dengan air.
Udang Sweet Sour
Bahan-bahan dan cara penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak.
- Masukkan seulas dua bawang putih yang diketuk.
- Masukkan cili boh, sukatan ikut suka. Masak hingga pecah minyak.
- Masukkan sedikit air dan beberapa sudu sos cili (agak-agak kuah menjadi pekat).
- Masukkan udang. Terpulang nak masak berapa ekor.
- Masukkan pula bawang merah yang dihiris bulat dan daun limau purut yang dipotong halus.
- Masukkan magi cukup rasa, secukup rasa. Jika tiada, boleh gunakan garam, ajinomoto dan sedikit gula.
- Kacau rata & siap.
* Udang yang dimasak terlampau sekejap menyebabkan kulit masih melekat dengan isi. Udang yang dimasak terlampau lama pula, menyebabkan isi udang menjadi kecut.
Kari Ayam
Bahan-bahan & cara penyediaan:
- 2 kuntum bunga cengkih, 2 kuntum bunga lawang, kulit kayu manis anggaran seinci, 2 biji buah pelaga ditumis.
- Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar. Tumis hingga naik bau.
- Masukkan 2 1/2 sudu besar rempah kari ayam yang telah dibancuh dengan sedikit air.Tumis.
- Masukkan ayam, kentang dan sedikit santan. Tutup periuk supaya cepat masak. Kacau sekali sekala.
- Agak-agak dah masak daging ayam dan kentang dah empuk, masukkan baki santan.
- Masukkan cili merah, cili hijau, daun kari & asam keping. Kacau.
- Masukkan tomato, garam secukup rasa. Siap.
Monday, August 3, 2009
Agar-agar Buah
- 4 mug air
- 3/4 mug gula
- 1 peket agar-agar
- 1 tin susu cair
- 1 tin buah cocktail
Cara-caranya:
- Didihkan 4 mug air
- Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut
- Masukkan agar-agar. Juga masak sehingga agar-agar larut
- Masukkan 1 tin susu cair. Jangan masak lama untuk mengelakkan susu berbuih
- Masukkan 1 tin buah cocktail. Kacau seketika dan salin ke dalam loyang atau mangkuk pirex :D
- Sejukkan
Gulai Asam Pedas
- Bawang besar/merah, bawang putih, halia, kunyit hidup - diblend. amaun xtau nak cakap berapa, agak2 je... Pastu tumiskan.
- Masukkan pulak cili boh/cili kering yang diblend... Nak pedas, letak banyak... Tumis sampai pecah minyak.
- pastu masukkan serai yang dititik, sebatang dua...
- Pastu masukkan air...
- Agak-agak nak gelegak, masukkan ikan/ayam... Kalau ayam kena masak lama sikit.
- Pastu bancuh sedikit air asam jawa dan masukkan.
- Last sekali, masukkan lah sayur-sayuran mcm bendi, terung, kalau nak lah. xde pun xpe.
- Kalau ada dendaun macam bunga kantan/daun kesum boleh masukkan sekali. Terbaru saya try ngan daun limau purut. Memang kick!
- Last sekali masukkan tomato...
- Haa... garam jangan lupa! hehe...
* mak mentua saya ajar, kalo nak blend cili kering campo ngan minyak masak sikit, supaya mudah nak blend...
okeh, selamat mencuba!
- Masukkan pulak cili boh/cili kering yang diblend... Nak pedas, letak banyak... Tumis sampai pecah minyak.
- pastu masukkan serai yang dititik, sebatang dua...
- Pastu masukkan air...
- Agak-agak nak gelegak, masukkan ikan/ayam... Kalau ayam kena masak lama sikit.
- Pastu bancuh sedikit air asam jawa dan masukkan.
- Last sekali, masukkan lah sayur-sayuran mcm bendi, terung, kalau nak lah. xde pun xpe.
- Kalau ada dendaun macam bunga kantan/daun kesum boleh masukkan sekali. Terbaru saya try ngan daun limau purut. Memang kick!
- Last sekali masukkan tomato...
- Haa... garam jangan lupa! hehe...
* mak mentua saya ajar, kalo nak blend cili kering campo ngan minyak masak sikit, supaya mudah nak blend...
okeh, selamat mencuba!
Telur Masak Kicap
Bahan-bahannya:
- Bawang Putih
- Bawang Besar
- Cili Merah / Hijau
- Kicap
- Telur
Cara-Caranya:
- Goreng telur dulu.
- Tumiskan kesemua bahan & masukkan kicap...
- Siram bahan tumisan tadi ke atas telur
- Siap... Slurrppp...
Nota:
- X semestinya telur, ikan goreng @ ayam goreng pun boleh... tapi jadi masak kicap ala orang bujang la jawabnya...
Sunday, August 2, 2009
Kerabu Ulam Selom
- Ulam Selom
- Taugeh
- Kelapa
- Cili Api
- Cili Merah
- Bawang Merah
- Udang Kering
- Garam & Gula secukup rasa
Cara-Caranya:
- Semua bahan dimayang kecil-kecil
- Cili Merah, Bawang Merah & Udang Kering ditumbuk kasar & ditumis dengan minyak yang sangat sedikit
- Masukkan ulam selom, taugeh, kelapa, garam & gula
- Kacau rata-rata
- Siap...
Nota:
- Selain ulam selom, boleh je kalo nak gantikan dengan ulam raja ke, kacang botol ke. Taugeh kalau x suka x payah letak... Udang kering pun boleh diganti dengan udang hidup, tapi direbus lah dulu. Dan bawang merah & cili merah tu kalo x tumis pun xpe... Lagi bagus, xde kolesterol...