Bahan-bahan dan cara penyediaan:
- Panaskan minyak. Kuantiti minyak sederhana sahaja. Tidak seperti yang digunakan ketika menggoreng ayam.
- Goreng ayam yang dipotong kecil dan yang telah digaram dan dikunyit. Kuantiti garam dan kunyit pun sedikit sahaja.
- Apabila ayam sudah masak, keluarkan lebihan minyak sehingga tinggal cukup-cukup untuk menumis bawang sahaja.
- Masukkan bawang putih dan bancuhan perencah daging blackpepper tesco. Jika tiada, bolehlah masukkan lada hitam & lada putih yang telah dikisar halus.
- Masukkan tomato, bawang besar yang dihiris bulat dan cili merah. Boleh juga dimasukkan daun bawang jika ada.
- Kacau rata & siap dihidang.
* Bancuhan perencah daging balckpepper tesco ialah, perencah dicampur dengan air.
No comments:
Post a Comment