Assalamualaikum... salam hormat,
Morning u olls... Breakfast apa hari ni. Hari ni Kak Ina breakfast nasi lemak, bukan breakfast roti john.. Hehehe... Roti John Bonda ni asalnya resepi mak Kak Ina. Kak Ina xtaulah mak belajar dekat mana kan. Sebab Kak Ina dah start makan roti john ni sejak Kak Ina sekolah rendah lagi. Ingat lagi masa tu Kak Ina bawa sebatang roti john sebagai bekal ke sekolah. Masa rehat tu, Kak Ina bagilah kawan Kak Ina rasa sikit. Habis hati betul dia dengan roti john tu, sampai minta mak Kak Ina buatkan untuk dia, dia nak beli. Ilham nama dia. Tah ke mana peginya Ilham, lepas naik sekolah menengah terus lost contact.
Jadi, bahan-bahan untuk membuat roti john ni adalah seperti berikut:
- Roti john pendek
- Mentega
- Telur
- Mayonis
- Sardin
- Bawang Besar
- Cili Masak
- Timun
Cara-caranya:
- Sebelum nak masak-masak, roti tu dipotong 2. Maksudnya, potong supaya terbuka, tapi jangan putus.
- Pecahkan telur ke dalam pinggan, dan pukul.
- Kemudian, masukkan sardin, bawang besar dan cili merah ke dalam kuali, perahkan limau dan hancur2kan. Buka api kecil. Kalau x masak pun xpe. Tapi Kak Ina suka yang dimasak.
- Dah siap masak sardin, ketepikan.
- Panaskan pula kuali leper. Dan masukkan setengah sudu mentega.
- Ambil sebatang roti dan celupkan (yang bahagian dalam) ke atas telur. Letak ke atas mentega tadi.
- Dalam seminit, boleh angkat. Sapukan mayonis, letakkan timun dan sardin.
Siappp.. senang kan, macam buat sandwich je.. Kuantiti bahan2 tu bergantung. Kalau nk buat banyak, banyaklah bahannya. Macam telur tu.. Sebiji telur dapat dalam 3 batang roti. So, kalau nak buat 6 batang, guna 2 biji telurlah. Tapi jangan pukul sekali harung. Habiskan sebiji2 dulu. Sardin tu boleh juga tukar dengan tuna dalam tin. Nak cakap kos mahal, x juga sebab sardin cap ayam dan tuna dalam tin sama je harga RM5+-. Lagi senang, xpayah nak masak2 dah,
Actually, resepi mak Kak Ina dulu, mak letak kacang pis dalam sardin tu. So x payah lah letak timun. Sedap tau.. Kak Ina x letak sebab anak2 xsuka makan, nanti dipilih2, buang je. Oh ya, kalau nak tahan lebih lama, xpayah letak timun, sbb timun tu menyebabkan cepat basi.
Roti john ni sesuai dimakan x mengira masa. Sarapan boleh, minum petang boleh. Lunch dan dinner pun boleh juga... Dan sesuai untuk pelbagai majlis. Jamuan birthday, jamuan raya, potluck. Bekal nak pegi keje nak pegi sekolah. Sedap pun sedap, kenyang pun kenyang. Boleh la masukkan dalam list anda ya... Selamat Mencubaa~~!!
No comments:
Post a Comment