Saturday, May 27, 2017

Salam 1 Ramadhan 1438H

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana Kak Ina, keluarga, sahabat dan tuan puan semua masih diberi nafas untuk menikmati Ramadhan kali ini... Tahun lepas sehari pun Kak Ina x puasa.. Rasa kehilangan 1 bulan hijrah dlm tahun 1437H.. Jangan terperanjat pula.. org perempuan x puasa sebulan, apa lagi.. bersalin lah.. hihi.. Kak Ina juga mohon maaf sbb dah lama menyepi dari blog masak Kak Ina ni. Terima kasih pada yg masih berkunjung.. 😊

Jadi, hari ni terasa rajin pula nk post resepi. Hari pertama berbuka ni, Kak Ina masak simple je.. nasi ayam & jemput2 pisang.. Keluarga Kak Ina ringkas je. Kami memang x membeli di bazar. Nak ckp xbeli langsung tu macam tipu pula, adalah sekali sekala.. Nasi ayam Kak Ina pun simple je.. kalau ikut resepi temurun mak Kak Ina, ayam tu direbus dahulu & air rebusan tu digunakan untuk tanak nasi dan kuah supnya. Tapi tadi Kak Ina buat kaedah lain sebab Kak Ina dah ada ayam perap percik beli di Ayamas tempoh hari. Jadi, mari Kak Ina kongsikan resepinya. Walaupun ni resepi mudah, barangkali berguna untuk adik2 ataupun sesiapa yg baru nak belajar memasak.. cekidaut! 😁


🍚Nasi ayam🐔
- 2 pot beras (Kak Ina guna jenama Ribbon Wangi)
- 3 pot air (ikut jenis beras)
- Bawang putih 3 ulas je
- Halia seinci
- 1 kiub ayam / 1 sb Megi Cukup Rasa
- 1 sb garam
- sedikit serbuk kunyit

Caranya: Kak Ina masukkan semua sekali dlm periuk, tanak dlm ricecooker. Kak Ina xsuka tumis dulu sbb nasi tu akan jadi melekit.

Kalau guna air rebusan ayam, resepinya pun sama mcm ni.. gantikan 3 pot air tu dengan air rebusan ayam..

🍗Ayam🍗
- Rebus hingga masak & toskan. *masa rebus tu letak sedikit garam
- lumurkan ayam dengan kicap & sedikit sos tiram
- gorengkan seketika.. sekadar nk bagi hitam je.. ayam dah masak td kan.. 😆

Sambal cili
- 6 tangkai cili masak
- 3 ulas bawang putih
- 2 sb sos cili
- sedikit gula
- sedikit garam

Mula2 kisarkan cili masak & bawang putih dgn sedikit air. Kemudian tumiskan dan tambahkan sos cili... masukkan gula dan garam dan biarkan sambal masak (sehingga kurang air).

Sambal hitam
- segenggam cili api
- 2,3 ulas bawang putih
- kicap
- 2 sb cuka makan

Kisarkan kesemua bahan di atas. Kalau rasa pekat, tambahkan sedikit air masak.

Jemput2 pisang
- pisang
- tepung gandum
- 1 sb gula
- air

Kak ina xdpt nk bgtau kuantiti pisang, tepung dan air tu... yg ni agak2 jelah.. bancuhan tu kalau disudukan & ditegakkan sudu tu, dia x meleleh laju.. kalau laju terlebih air, kalau mcm x nak jatuh tu sbb terlebih tepung.. kalau x reti juga, masaklah 2,3 biji dulu dan rasa..


Ok satu lagi Kak Ina nak share..

🍵Susu Kurma🍵
- 5 biji kurma (berapa pun boleh, tp pilih no ganjil bersempena sunnah)
- 1 cawan air masak
- 1 cawan susu segar (Goodday, HL dll)

Caranya, rendam kurma di dalam air masak, sehingga kembang. Kemudian kisarkan dan tambah susu segar.. Minuman ni InsyaAllah memberi tenaga untuk berpuasa... Kak Ina bukan penggemar susu, tp bila dilawankan dengan kurma ni, Alhamdulillah sedap juga..

Sori gambar xmenarik.. 😆

Ok... tu jelah cerita hari ni... esok kalau rajin, Kak Ina post lagi ya... Selamat berpuasa... jgn lupa baca niat esok... Assalamualaikum...







No comments:

Post a Comment