AsSalam... Selamat Tengahari...
Hari ni Kak Ina nak share resepi sup tulang & daging nyumeeh nyumeeh..
Sup je pun, apa yang specialnya...
Special sbb masak dalam poyok Noxxa...
Gambar ni dlm periuk biasa sebab Kak Ina dah salin. :D
Jom masak jom!
Mula2 sekali, rebus tulang dan daging di dalam periuk tekanan Noxxa.
Setkan hp 45 minit.
** ini untuk sukatan penuh seperiuk ya.
Tinggalkan, dan sementara tu kita sediakan bahan2 tumis:
- bunga lawang
- bunga cengkih
- kulit kayu manis
- buah pelaga
- lada hitam
kuantitinya agak2lah... Kak Ina masukkan ikut suka hati Kak Ina je.
@ kalau rasa x reti sangat, guna sup bunjut tu 4,5 bunjut.
Kalau nak buat satu hidangan je, 2 bunjut cukuplah.
Ok, tumiskan bahan-bahan di atas ya...
Lepas tu masukkan bahan-bahan kisar iaitu:
- bawang besar
- bawang putih
- halia
pun pandai2lah nak letak kuantitinya banyak mana..
Bila dah naik bau, masukkan pula bancuhan:
- rempah Sup Adabi.
Kalau 1 hidangan, 1 peket kecil cukup.
Kalau seperiuk besar macam ni, dalam 3/4 peket besar tu boleh lah..
Ikutlah... masak2 ni kena agak2 sebenarnya. Xboleh rigid sangat.
Masak sehingga seperti pecah minyak.
Kemudian, masukkan air lebih kurang setengah periuk sahaja.
dan masak sehingga mendidih.
Masukkan garam secukup rasa.
Agak2 dah sedap rasanya tu, boleh la masukkan tulang dan daging yang dah siap rebus tadi. Boleh masukkan dengan air rebusan sekali. Setengah orang xsuka guna air rebusan tulang dan daging. Jadi terpulang. Nak masukkan boleh, xnak pun xpe, masukkan sebahagian je pun boleh.
Masukkan juga daun sup, batang sup, bawang goreng.
Kacau sekejap, dan tambah garam sekiranya tidak cukup masin.
Cenggitu je.. siap sudaahh..
Kalau masak untuk sekali dua hidangan sahaja, boleh tumis dan masak terus di dalam periuk noxxa.
Masak banyak2 macam ni, memang x muat lah.
Untuk tambah sedap, sediakan hirisan limau. Perah bila nak makan.
Oohh nyumeehhhnyaaaa...
Daaa...
No comments:
Post a Comment