Monday, November 28, 2016

Salmon Grill


Assalamualaikum..... Morning~~!!

Salmon... Sesetengah orang beranggapan ikan salmon ni mahal, susah nak dapat dan susah nak masak. Kalau nak makan salmon kena pegi hotel. Hihihi... sebenarnya x pun. Ikan salmon ni ada banyak gred. Kalau kita nak beli yang memang datang dari Norway tu, memang lah mahal. In fact, sangat mahal. Mencecah RM50 per kilo. Jadi jika kita hanya rakyat kebanyakan dan teringin nak makan salmon, pegi je dekat pasaraya2 besar seperti Econsave, Tesco, CS, Mydin. Ada.. Dan kenalah survey. Kalau dekat Econsave murah. 2 potong macam di atas ni kosnya sekitar RM10 ke RM13 sahaja. Kalau di CS mahal sikit, dan Kak Ina perasan, rasanya pun sedap sikit. Haa.. itulah sebab ada perbezaan harga. Tapi, xbermakna yang murah tu x sedap. Pada Kak Ina, asalkan salmon, sedap aje rasanya...

Nak masak apa salmon ni? Menu salmon Kak Ina mudah aje.. Kak Ina x pandai nak masak-masak macam kat hotel tu (mungkin satu hari nanti akan dicuba). Antara faktor, kami makan ikan ni dengan nasi. Macam makan ikan goreng. Tapiiii.. jangan digoreng ikan salmon ni. Sebab, salmon akan mengeluarkan minyak. Nanti kalau goreng bertambah2 banyaklah minyaknya. 

Kak Ina panggang sahaja. 

- Mula-mula lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Sama macam nak goreng ikan.
- Lepas tu, gunakan butter, kalau xde, mentega je. Kalau xde juga, minyak sedikit sahaja. Anggaran sesudu. Ratakan dalam pemanggang (dah buka api). Kak Ina x pernah guna kuali. Jadi xtau macam mana hasilnya kalau panggang guna kuali. Gunakan pemanggang ajaib tu sebab nak kena tutup, baru sempurna kejadiannya. Yang pandai guna oven, boleh guna oven.
- Taburkan serbuk lada hitam di atas ikan. Actually kalau ada rempah kering macam oregano ke, rempah herba campuran ke, boleh guna. Lagi sedap.
- Masak sekejap, 5 minit cukup. Terbalikkan. Dan tabur lagi lada hitam/rempah.
- Untuk side yang sebelah ni, x payah masak lama. Sekejap je dah boleh angkat.

Huisshhh, tulis post ni teringin pulak nak makan salmon. Hehehe... Salmon ni kalau termasak lama, isinya akan merekah. Macam gambar ni, nampak x isinya macam terpisah2 tu. Kalau termasak lama lagi... terus keras isinya... apa pun x boleh.. heheheh..

Ok, selain daripada panggang, salmon juga sedap dibuat kari. Nanti Kak Ina post ya.. 

Selamat Bersalmonnn~~!!  

No comments:

Post a Comment