Hari ni Kak Ina nak share resepi kek coklat simple. Anak-anak sedang membesar, jadi makanan macam kek, roti, kuih2 terpilih tu memang jadi kegemaranlah. Macam kek coklat ni lagi lah sekali hadap je boleh habis 1/2 bancuhan. ;-)
Jadi resepinya adalah seperti di bawah:
Bahan A
- 2 cawan tepung. Kak Ina guna tepung kek berserbuk penaik. So x payah letak baking powder dah.
- 2 cawan serbuk koko. Kak Ina guna cap Rose je.
- 1/2 sudu besar soda bikarbonat
- 1 cawan gula
Bahan B
- 3 1/4 cawan minyak masak
- 1 cawan susu coklat HL (yang 200ml tu ngam 1 cawan)
- 2 biji telur
- 1 cawan air panas
Di dalam bekas yang berasingan kacau rata ke2,2 bahan. Bahan A dalam bekas A, bahan B dalam bekas B. Selepas itu, masukkan Bahan A ke dalam bekas B sedikit demi sedikit, dan kacau lagi. Sementara tu boleh la panaskan oven. Kalau nk kukus, panaskn kukus.
Isi bancuhan ke dalam loyang atau bekas aluminium seperti di atas. Jangan sehingga penuh, memadai 3/4 penuh sahaja. Bakar/kukus selama 35-45 minit. Bancuhan sebanyak ini, Kak Ina dapat 3 bekas seperti di atas.
Senang je kan resepinya. Sedap pun sedap. Sekarang ni dah tinggal setengah bekas je.
Oh ya.. Kak Ina memang x buat topping. Bahagian atas kek tu sedap, macam nak rangup rasanya...
Baru perasan.. Bukan 3 1/4 caaan minyak.. Pengsan.. Hahahha.. 3/4 cawan sahaja.. Sorii
ReplyDelete