Assalamualaikum, salam hormat..
Ya Allah.. lamanya x berblog kat sini.. kena tarik vacum besar ni... hihi... sebenarnya Kak Ina sedikit bz. Masak, bukan x masak, tapi balik2 lauk tu je.. Jaranglah nak buat lauk yang berbeza. Kekangan waktu, kekangan berebut henfon dengan anak... kekangan kerja rumah.. cehh... ini semua alasan...
Jadi, bagi memberi 'nyawa' pada blog yang satu ni, hari ni Kak Ina nak post resepi kari ikan tenggiri yang sempoi.. Pasal pe sempoi? Pasal bahan2nya simple2 je... Senang sangat nak buat. 10-15 minit dah siap... Jom, tengok apa bahan dan kaedah masaknya.. Nak kena cepat ni. Ada keje lain pulak nak kena buat.. :D
Mula-mula tumiskan bahan-bahan ni:
- Kulit kayu manis, sebatang sederhana
- Bunga lawang 2 kuntum
- Bunga cengkih 5 kuntum
- Ketumbar setengah sudu kecil
- Jintan manis setengah sudu kecil
- Biji sawi pun setengah sudu kecil
Ok, dah tumis sekejap, masukkan pula bahan-bahan kisar ini:
- Bawang putih 3 ulas
- Bawang besar 1 1/2 biji
- Halia 1 inci
Kacau rata, tumis sampai naik bau, masukkan pula rempah kari yang dah dibancuh dengan air. Kak Ina guna rempah kari Babas. Tu pun xbanyak, dalam 2,3 sudu besar je. Rempah Babas ni pedas sikit berbanding Adabi. Nanti kalau pedas2, anak xnak makan. Tumis sampai naik pecah minyak.
Kemudian, tambahkan air sikit, dan masukkan ikan tenggiri, ikutlah berapa keping yang hangpa suka. Biar ikan masak (kalau boleh terbalik2kan supaya cepat masak. Gas nak naik harga nanti, jimat cermat ya). Kemudian, Kak Ina masukkan santan kotak je, sekotak. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa... Biar menggelegak sekejap, dan siaap... Haa, sempoi kan.
Sebenarnya, bahan2 tumis kat atas tu kena agak2 jelah. Ada orang suka bawang banyak. Kak Ina memang macam gitu je sukatannya. Tapi tengok jugalah size bawang tu. Dan, patutnya masukkan asam keping, tapi Kak Ina x letak pun, nanti masam. Nak lebih lazat, tambahlah tomato ke, bendi ke, paling2 tidak pun cili masak sebiji. Tapi kan Kak Ina dah cakap ni kari sempoi.. Iskkk... hihi.. yang sebenarnya teringin nak makan kari, tapi tomato bendi semua xde.
Sedang dinner, tiba2 otak memproses rasa kuah spaghetti Johor pulak.. aduhhh... nantilah kita buat ya.. sama je mcm nak buat kari ikan ni, cuma kena tambah kerisik dan ikan tu dihancurkan isinya...
Oklah... tu je nak kongsi hari ni... Tataaaa
No comments:
Post a Comment