Ayam sos tiram ni anak2 memang sangat suka... bukan setakat ayam, sotong, udang, hatta sayur sekali pun, kalau kuahnya sos tiram memang pilihan pertama anak2 lah...
Dah la sedap, nak masak pun senang sangat.
Mula2... gorengkan ayam. X perlu dalam minyak yang banyak. Tutupkan kuali supaya ayam masak lebih empuk. Agak2 ayamnya dah embal2 (separa masak) masukkan sayu-sayuran keras seperti kobis bunga, karot, brokolo atau apa2lah yang berkenan. Tutup semula, sampai ayam betul2 masak. Dah siap, buangkan minyak yang berlebihan. Biasanya, Kak Ina, xangkat/toskan pun ayam tu. Setakat tolak ke tepi kuali dan tumiskan 2 ulas bawang putih yang diketuk. Kemudian masukkan sos tiram, anggaran 3,4 sudu besar. Masukkan kicap sos manis ABC 2,3 sudu dan kacau rata. Akhir sekali masukkan kacang pis dan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau lagi... Siap dah.. kalau nak tambah daun bawang, cili merah @ capsicum pun boleh. Bertambah sedap rasanya nanti. ;-)
No comments:
Post a Comment